TEKNIK FOREX TERULUNG

Pelaburan Emas : Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i




Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i. Salah satu cabang pelaburan emas di Malaysia.
Kuwait Finance House Malaysia (KFH) turut menawarkan kemudahan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas yang dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).
KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuh syariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh mengambil emas fizikal serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut kepada Kuwait Finance House.
Tiada sebarang kos penyimpanan dikenakan jika pelabur meyimpan emas tersebut di Kuwait Finance House.

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi – daripada Turki. Ketulenan emas ini adalah 995.0 (ketulenan emas 99.50%)
Kualiti emas ini adalah lebih rendah daripada kualiti emas 999.9 (ketulenan emas 99.99%)




Contoh Emas KFH

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Sebelum membuka akaun KFH Gold Account-i anda perlu membuka akaun simpanan dengan Kuwait Finance House Malaysia terlebih dahulu (anggaran kos RM25).
Selepas itu anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas. Anda boleh mengeluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima
2 gram emas di dalam KFH Gold Account-I anda.
(contoh: kalau anda membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
Untuk pelaburan tambahan selepas itu, anda perlu membeli minimum 5 gram emas.
Harga belian dan jualan untuk KFH Gold Account-i.
Contoh Harga Semasa KFH Gold



Harga jualan dan belian KFH Gold Account-I boleh dilihat di laman web http://www.kfh.com.my/kfhmb/
Sell = Harga jualan emas kepada pelabur.
Buy = Harga belian emas oleh Kuwait Finance House

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.
Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung emas ini untuk digadaikan.
Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:
1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung emas ini tidak boleh bengkok

Jika perkara-perkara di atas berlaku maka emas ini tidak akan diterima kembali oleh Kuwait Finance House.
Jadi, anda tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu) menggunakan jongkong emas KFH Gold Account-i. Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa teruja kerana tidak boleh buka sarung emas tersebut.
Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga emas rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Jadi pelaburan emas KFH Gold-I ini adalah lebih kepada beli emas, simpan dan jual semula bila harga emas naik.
Saya telah membuka akaun KFH Gold Account-I dengan pembelian minima 10 gram. Memandangkan saya lebih suka menyimpan sendiri emas tersebut maka saya meminta untuk mengeluarkan 8 gram emas fizikal. KFH memberikan sekeping jongkong 5 gram dan 3 keping jongkong 1 gram.
Inilah rupa jongkong emas-emas tersebut.


Contoh Emas 5 Gram, 3 Gram dan 1 Gram






Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).
Kuwait Finance House mempunyai cawangan yang terhad. Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching.
Anda boleh melihat alamat dan nombor telefon cawangan KFH di bawah:

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (Ibu Pejabat)
Level 26, Menara Prestige,
No 1, Jalan Pinang,
P.O. Box 10103,
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2166 0646

Cawangan Pavilion, KL
Pavilion Lot 22, 1st Floor,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Tel: 03-2056 7612

Cawangan Shah Alam
Ground Floor, No. 3 & 5, Jalan Plumbum S7/S,
Pusat Komersial Seksyen 7, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 – 2168 0598

 

Cawangan Kota Damansara
No 22A & 26, Ground Floor,
 Jalan PJU 5/20D, Pusat Perdagangan Kota Damansara,
The Strand PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor,

Cawangan Klang
No. 1 & 3,
 Jalan Bayu Tinggi 2B, Batu Unjur,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan,

Cawangan Johor Bahru
62, Jalan Molek 2/2, Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Tel: 07-356 3100
Cawangan Pulau Pinang F-12A-1, F-12A-2, F12A-3, Lorong Bayan Indah 1,
11900 Bayan Lepas,
Tel: 04-619 1600

Cawangan Kuching
tingkat bawah Menara Zecon, No.92 Lot 393,
Section 5, KTLD Jalan Satok,
93400 Kuching.
Tel: 08-222 4800

Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan.
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0).
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread yang agak tinggi
3. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
4. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
5. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate.
Peringatan:
1. Jika anda merupakan pembaca baru, anda boleh baca semua artikel terdahulu mengenai emas
2. Kongsikan ilmu emas ini dengan rakan-rakan anda. Jika anda rasa artikel dan blog ini bagus, klik icon Facebook recommend di bawah sana. Terima kasih banyak-banyak.
3. Ada komen, pendapat ? Sila letakkannya di ruangan komen. Terima kasih.

Dipetik dan diedit daripada artikel azharmokhtar.com

9 comments:

  1. Kaedah jual beli emas kfh memang mudah. Kita beli emas, kemudian bila jual emas, duit dimasukkan dalam akaun.

    ReplyDelete
  2. Some tests are necessary to know about the preparation of patient that is she is ready for tubal reversal or not. Keep in mind that Tucson Tax Preparation of tubal reversal truly depends on the preparation tests and the moves of the doctor. So you need an experienced gynecologist to do this job.

    ReplyDelete
  3. First, let’s kill off a genuine fabrication: You can not use a reverse cellular phone number lookup for totally free anywhere, anytime. Happy Friendship Day SMS Collection 2018

    ReplyDelete
  4. An online business directory is a website submission service that allows your small business's website to be added to a specific category where it can be searched for by interested visitors. These searchable online directories allow their visitors to search for websites and businesses that they find interesting or that they want to learn more about. Listing your small business on an online directory increases your website's visibility on the web and helps to create inbound links to your business' website. Online directories make it easy for people to find what they are looking for. All they have to do is native american payday loans online, which means that people could find your business' website from their home, office or even while traveling.

    ReplyDelete
  5. Took me time to learn all the feedback, but I actually loved the write-up. It proved to be Very beneficial to me and I’m positive to all the commenters here! It really is always superior when you can not solely be informed, but additionally entertained! I am positive you had enjoyable penning this post. λ¨ΉνŠ€

    ReplyDelete
  6. I’m also commenting to make you know what a magnificent discovery my cousin’s girl had reading your webblog. She learned a good number of pieces, which include how it is like to possess an amazing teaching heart to let many people just know precisely some complex issues. You truly exceeded my expectations. Many thanks for supplying those informative, dependable, explanatory and also unique tips about the topic to Sandra. λ¨ΉνŠ€μ‚¬μ΄νŠΈ

    ReplyDelete
  7. You should join in a contest first of the greatest blogs on the web. I will recommend this web site! 호게이밍

    ReplyDelete
  8. Financing a car is a very important process and today with the availability of numerous car finance brokers it has become an easy option to get secure car loans. Today these car finance brokers are playing a vital role in assisting car buyers as well. In this article, know more about various important factors that you should keep in mind while making a selection of a car finance broker. crypto

    ReplyDelete
  9. It’s best to participate in a contest for among the best blogs on the web. I’ll advocate this website!
    μ¨μΉ˜κ²€μƒ‰μ—”μ§„

    ReplyDelete

Ruang Pengiklanan