TEKNIK FOREX TERULUNG

DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI TABUNGAN DAN PELINDUNG NILAI

APABILA BERBICARA TENTANG DINAR DAN DIRHAM, ORANG ISLAM WAJIB MENYOKONG SYARIAH ISLAM INI. WALAUBAGAIMANAPUN, DALAM KONTEKS AMALAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA HARI INI, IANYA ADALAH PENGHALANG YANG SANGAT BESAR KEPADA PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MATA WANG.

PUN BEGITU, IA SEPATUTNYA TIDAK MENGHALANG UMAT ISLAM KHUSUSNYA DIMALAYSIA UNTUK MEMULAKAN LANGKAH AWAL BAGI MENCAPAI HASRAT MURNI INI. SEBAGAI PERMULAAN, UMAT ISLAM BOLEH BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI SATU BENTUK SIMPANAN HARTA, DIGUNAKAN SEBAGAI MAS KAHWIN, MEMBAYAR ZAKAT ATAU PUN DIJADIKAN HARTA CAGARAN DI PUSAT GADAIAN ISLAM AR RAHNU.

BAGI TUJUAN PELABURAN PULA, BOLEH LAH UMAT ISLAM MEMILIH JONGKONG - JONGKONG EMAS ATAU PUN SYILING-SYILING EMAS SEPERTI KELUARAN AMYIQ GOLD, DGE, PUBLIC GOLD DAN YANG LAIN-LAIN YANG KINI DIPASARKAN DENGAN MELUAS DI MALAYSIA.

DINAR DAN DIRHAM ADALAH INSTRUMEN PENYIMPAN NILAI YANG TERBAIK DAN MATAWANG YANG KALIS INFLASI YANG BOLEH MELINDUNGI KEJATUHAN NILAI MATA WANG YANG MENDADAK AKIBAT SERANGAN PENYANGAK-PENYANGAK MATAWANG MAHUPUN AKIBAT PEPERANGAN. ABU BAKAR IBN ABI MARYAM MEMBERITAHU BELIAU PERNAH MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD " AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA,MAKA SIMPANLAN DINAR DAN DIRHAM." (MUSNAD IMAM AHMAD BIN HANBAL).

MENURUT YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM), DATUK SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIER, DIDALAM UCAPTAMA PENERANGAN MINI SIRI DINAR EMAS DI KUALA LUMPUR BARU-BARU INI BELIAU MEMBERITAHU YANG URUSAN DINAR ADALAH URUSAN AGAMA DAN KEDAULATAN DAULAH ISLAMIYAH. PENGGUNAANYA MELAMBANGKAN KEPATUHAN KEPADA PERINTAH ALLAH SWT.OLEH ITU, KEBANGKITAN MUAMALAH INI AMAT MUSTAHAK DALAM MEMBENTUK UMMAH YANG BERSATU DAN DISEGANI.

DINAR DAN DIRHAM ATAU EMAS DAN PERAK ADALAH MATAWANG DAN KOMODITI YANG SANGAT STABIL NILAINYA DIDUNIA. IA TERBUKTI BERKESAN MELINDUNGI HARTA DARI HAKISAN INFLASI. SEMAKIN JATUH NILAI MATA WANG KERTAS (WANG FIAT) SEMAKIN MELONJAKLAH NILAI DINAR(EMAS) DAN DIRHAM(PERAK).

 UNTUK ITU, PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM INI BOLEH DIPELBAGAIKAN TUJUANNYA SEPERTI DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH ATAU SEDEKAH. BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK PEMBAYARAN ZAKAT TERUTAMANYA ZAKAT HARTA. DIHARAP PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI BOLEH MERANGKA MEKANISME TERTENTU AGAR PEMBAYARAN ZAKAT MENGGUNAKAN DINAR DAN DIRHAM DAPAT DILAKSANAKAN.PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM DALAM URUSAN ZAKAT BERMAKNA KEKAYAAN UMAT ISLAM SENTIASA BERADA DIDALAM KALANGAN UMAT ISLAM KERANA EMAS DAN PERAK INI AKAN SENTIASA BERKITAR DIANTARA UMAT ISLAM. DINAR DAN DIRHAM JUGA SANGAT SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI MAHAR KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN DARI PENGANTIN LELAKI. INI MENGEMBALIKAN SUNNAH RASULULLAH DAN SEMEMANGNYA SANGAT DITUNTUT OLEH ISLAM. MALAHAN BOLEH JUGA DINAR DAN DIRHAM INI DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PERANTARAAN JUAL BELI SESUAI DENGAN PERANANNYA YANG PERNAH DIJALANKAN DULU SEBELUM KEDATANGAN MATAWANG KERTAS

OLEH ITU MARILAH KITA UMAT ISLAM BERSAMA-SAMA BERILTIZAM UNTUK MEMBUKA JALAN KEPADA SATU SISTEM KEWANGAN YANG LEBIH ADIL DAN SAKSAMA SESUAI DENGAN MUAMALAT YANG DIANJURKAN ISLAM. INSYAALAH...


RUJUKAN :
JAMUDIN IDRIS (2011). PERJANJIAN ANTARABANGSA PENGHALANG PENGGUNAAN DINAR, MILENIA MUSLIM (FEBRUARI 2011) ;

KHALID NORSHAH (2011). WANG KERTAS WANG PAKSAAN, MILENIA MUSLIM (FEBRUARI 2011);

MUHAMAD NIZAM SHAIDON, SHEIKH SHAHRUDDIN SHEIKH SALIM (2011). BERSEDIAKAN DINAR MENGAMBIL TEMPAT WANG KERTAS?, MILENIA MUSLIM (FEBRUARI 2011)

AMSYIQ GOLD COIN 100g

SALAM..ALHAMDULILLAH. KINI AMSYIQ MELANGKAH SETAPAK LAGI DENGAN PENERBITAN GOLD COIN AMSYIQ 100g. KEPADA YANG BERMINAT BOLEH LAH LOCK HARGA SEKARANG DENGAN USTAZ OTHMAN HAMZAH ATAU LAYARI WEB http://syeikhulmaqari.blogspot.com/2011/03/oleh-lock-sekarang-harga-ofer.html UNTUK KETERANGAN LANJUT..DENGAN SAYA PUN BOLEH JUGAK..INSYAALLAH...HARGA SEKARANG TENGAH DALAM OFFER LAGI IAITU RM 15,725..KEPADA YANG BERMINAT BOLEH LAH LOCK SEKARANG...TERIMA KASIH..

DINAR DARUL MAKMUR DAN DARUL KHUSUS

SALAM...ALHAMDULILLAH, SAYA NAMPAK KINI AMSYIQ SEMAKIN MENGEMBANG DAN TELAH MENERBITKAN PULA DINAR DARUL KHUSUS DAN DARUL MAKMUR PULA. UNTUK DINAR2 TERSEBUT BOLEH LA SAUDARA/I SEKALIAN BERHUBUNG DENGAN WAKALA2 SEDIA ADA DI PAHANG DAN NEGRI SEMBILAN. UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH LAH MELAYARI LAMAN WEB NI :

http://dinardarulmakmur.blogspot.com/

http://dinardarulkhusus.blogspot.com/

UNTUK DINAR DARUL EHSAN PULA BOLEH TANYA SAYA...
SAMPAI SINI DULU YERRR...SALAMMMM

Harga Emas Turun

Sejak semalam harga emas agak mendatar dan terus turun secara perlahan. Kalau hari Rabu aritu Emas naik sehingga USD1433/Oz, pada ketika posting ni di tulis harga emas menurun sehingga USD1418/Oz...So, sekarang ni memang saat dan masa yang sesuai untuk beli dan simpan emas. Apa pun jangan gopoh gapah membeli tu. Sentiasa perhatikan graf harga emas dunia kat http://www.kitco.com/ . Mudah jerr...

Dan aku plak tak lama lagi akan jadi pengedar emas AGE. Mungkin dalam minggu depan akan termetrai la perjanjian untuk menjadi Dealer AGE. InsyaAllah..So lepas ni bleh lah nak beli emas dengan aku plak...heheheh...

SEJARAH DINAR DAN DIRHAM

Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.

Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam. Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.

Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.

Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar. Wallahua'lam





ARTIKEL DIPETIK DARI LAMA WEB PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USM 

PRODUK AGE

Assalamualaikum...Hai geng...kat sini aku letak sekali gambar produk emas keluaran AMSYIQ GOLD ENTERPRISE. Harga setiap produk terbabit boleh di lihat di laman web AMSYIQ GOLD ENTERPRISE iaitu http://syeikhulmaqari.blogspot.com/ . Harga setiap produk tersebut di update setiap 20minit dan diniagakan mengikut harga emas semasa...apa - apa pertanyaan bleh lah hubungi aku kat talian 0192611306.

Mana yang mampu aku perjelaskan, aku akan jelaskanlah..kalau xdapat pun aku akan rujuk kat AGE terus dan bagitau kat korang semula kemudian...

Satu lagi geng...sekarang ni harga emas tengah jatuh agak teruk gak berbanding semalam...elok lah wat pembelian sekarang..mudah2an kita semua dapat buat keuntungan bersama-sama...Aminnnnn








HARGA EMAS BERGERAK AGAK PERLAHAN

Salammm..hmmmm...tak tau camner nak mulerr...yang pasti berbanding semalam pergerakan harga emas hari ni agak perlahan dan dalam unjuran menurun..jadi kena perhati betul2 sebab ada peluang untuk beli emas buat tambah pelaburan...jadi apa tunggu lagi!!! buat lah persediaan....heheheheh...

aku pulak tengah dalam proses nak jadi dealer AMSYIQ GOLD sekarang ni...heheheh....mudah2an tercapailah impian aku nak jadi jutawan emas satu hari nanti...AMINNNNNNN....

HARGA EMAS NAIK LAGI DAAA....

SALAM....sebenarnya sejak malam tadi saya dah perhatikan pergerakan harga emas melalui kitco. Naik sajerr...memang kaw2 punya naik...dinar emas amsyiq pun dah cecah RM660 satu dinar. Baru minggu lepas saya beli dinar yang sama dengan harga RM646. Dah naik RM14 dalam masa seminggu. Aduhaiiii...Tapi itulah emas. Harganya memang sentiasa naik. Jadi, pada kawan2 sekelian jangan lah tunggu lagi...baik beli emas sekarang...masih murah lagi lah ni...Sebab emas dunia akan mencecah USD1500/Oz...sekarang pun cecah USD1430/Oz...

Yang pasti emas ni tak susut nilai. Saya pun tengah berkira2 ni nak lock harga dengan AMSYIQ ni...tengah tunggu green light jerr...hehehe...dah kompom nanti bleh lah jadi dealer AMSYIQ plak..Lepas tu pada siapa2 yang nak beli emas bleh lah beli dengan saya...Promosiiiii awalll...

SALAM PERKENALAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..berjaya juga saya buat blog ni. Tujuan saya menulis dalam blog ni adalah disebabkan keterujaan saya tentang pelaburan emas. Sebenarnya pengetahuan tentang emas ni dalam diri saya masih amat baru lagi. Saya diperkenalkan dengan pelaburan emas fizikal ni oleh sahabat saya iaitu Encik Azrar Azmi yang juga telah pun menjadi dealer PUBLIC GOLD. Tahniah bro..

Walaubagaimanapun saya pula memilih untuk menjadikan produk AMSYIQ GOLD ENTERPRISE (AGE) sebagai medium untuk saya berjinak-jinak dalam pelaburan emas fizikal ni. AGE diterajui oleh Hjh Khainarida dan Panel Syaraknya pula adalah Ustaz Othman Hamzah (Imam Masjid Negeri Shah Alam). Motto AGE ialah AGE MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH

Baru-baru ni saya berkesempatan untuk membeli 2 Dinar dari AGE yang dikenali dengan nama Dinar Darul Ehsan. Alhamdulillah, ini saya anggap sebagai langkah pertama saya dalam pelaburan emas fizikal ni. Sebelum ni pun saya sudah melabur emas dalam GSPA Maybank. Tapi tak nampak emasnya. Hanya dalam bentuk nilai je. Tak feel langsung. Hehehehe..So sekarang ni memang bercita cita nak jadi dealer AGE dan seterusnya memulakan perniagaan emas ni..Mudah2an tercapai lah cita2 tu..Aminnnn

oklah..nanti saya update lagi...nak g cari artikel2 tentang emas untuk tambah ilmu dan nanti bleh lah dikongsi apa yang patot...InsyaAllah...

Ruang Pengiklanan