Seringkali orang bertanya akan pelaburan emas mana yang lebih baik?.
Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda
Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak?
Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.
1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?
Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:1. Syiling emas
2. gold bar.
Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.
Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.
Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:
- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin
Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Amsyiq Gold Enterprise
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.
Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Amsyiq Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama.
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Amsyiq Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama.
2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.
Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account
Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM5.00)
Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi sikit je berbanding Public Bank.
Posting ini hanyalah panduan semata-mata. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kemudahan anda. No problem.
sumber rujukan jutawanemas.com
No comments:
Post a Comment