TEKNIK FOREX TERULUNG

Dinar & Dirham Vs Wang Kertas

1.Dinar (emas/aurum sbg komposisi) dengan berat 4.25g adalah nilai intrinsik yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun, malahan tidak perlukan mana-mana badan berkuasa untuk untuk mengikhtiraf wang dinar ini bagaimana ia perlu sah diperlakukan. Selagi 1 Dinar itu punya komposisi emas dengan berat 4.25g maka itulah dinar. Dan ia SAH. Ini kerana manusia seluruh dunia sudah mengiktiraf Emas sebagai sesuatu yang berharga.

Wang kertas pula ia memerlukan badan berkuasa untuk mengesahkannya (Undang-undang), seperti IMF yang mengesahkan Dollar sebagai Matawang Dagangan Dunia, dan lain-lain matawang termasuklah Ringgit Malaysia. Ia disahkan atas dasar undang-undang sahaja dan yang pastinya undang undang ini buatan Manusia.

2.Nilai Intrinsik emas ini di cipta oleh Yang Maha Pencipta ALLAH maka ianya akan sentiasa dipelihara. Sudah beribu tahun manusia cuba untuk mencipta emas, tetapi sehingga kini tiada siapa yang berjaya. Dan saya yakin ianya tidak akan berjaya.Kerana apabila Maha Pencipta mencipta sesuatu dengan kegunaan yang begitu penting dalam kegiatan manusia, pasti ia akan dipelihara.

Wang kertas pula boleh dicetak sesuka hati dan tiada siapa yang boleh menghalang selagi pencetak itu punya kuasa. Mesin pencetak rosak, repair baru lagi.
With paper currency there is no intrinsic value. The exchange rate is therefore arbitrary and subject to manipulation as we saw during the Asian financial crisis.” - Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad Year 2002

3.Emas dan Perak tidak akan rosak. Saya yakin sebagai orang Muslim, anda pasti pernah mendengar cerita Ashabul Kahfi. Bagaimana kisah 3 orang pemuda yang melarikan diri dari pemerintah yang kejam dan bersembunyi didalam sebuah gua, seterusnya tertidur.setelah lebih 300 tahun mereka tidur, barulah mereka terjaga. Ketika mereka keluar untuk membeli makanan cuba teka, apakah mata wang yang mereka gunakan? Wang kertas atau Dinar dan Dirham. Pastilah dinar dan dirham. Wang dirham yang mereka gunakan untuk membeli roti masih sah diperlakukan walaupun setelah lebih 300tahun. Inilah kehebatan matawang SYARIE ini, dipelihara sehingga hari akhirat. Dan kisah urusniaga ini dicatatkan didalam Al-Quran. Pastilah sesuatu yang hebat dan perlu difikirkan bukan.

Jikalau pemuda dari kisah Ashabul Kahfi itu menggunakan wang kertas, anda kira wang mereka akan masih elok, atau masih boleh sah diperlakukan???. "Maaf saya tak mahu kertas awak  ini, it obsolete".

4. Emas dan perak - Inflasi sifar
Dizaman Rasulullah dahulu nilai seekor kambing adalah 1 Dinar, dan seekor ayam 1 Dirham. Dan setelah 1400 tahun berlalu nilai kambing masih lagi 1 Dinar (~RM650 seekor) dan ayam ~1 Dirham (RM25) - Harga ayam kampung. Ayam daging pun seekor dekat RM18 seekor.

Wang kertas, saya rasa tak perlu diceritakan disini kerana anda sendiri mempunyai pengalaman betapa cairnya wang ini. Kalau dulu harga nasi lemak 50sen jer sekarang jangan harap nak dapat lagi. hmm..

5.Emas menarik kekayaan.
Andaikan perumpamaan ini.Dengan menyandarkan mata wang kertas sebagai ukuran
Ahmad dan Aminah adalah 2 orang jutawan.
Jutawannya Ahmad kerana memiliki emas berharga RM1Juta ~7Kg emas.
Jutawannya Aminah kerana memiliki Wang Kertas RM1Juta.

Selepas setahun berlalu..adakah anda rasa Ahmad masih memiliki emas ~7Kg atau sudah susut.Dari segi beratnya pasti sama, dan jika disandarkan pada RM, Nilainya pasti bertambah (Berdasar pattern kenaikan emas 35%p.a) Nilai emas Ahmad sudah menjadi ~RM1.35Juta.

 
Wang Aminah juga masih RM1juta dari segi digitnya, tiada kurang. Tetapi berikutan inflasi yang berlaku diseluruh dunia kuasa membeli dari RM1Juta itu sebenarnya sudah menyusut. Aminah tidak akan dapat membeli benda yang sama dengan harga yang sama seperti tahun lepas. Masih jutawankah Aminah?

Wallahuallam.

Notes: Simpanlah Emas,Perak, Dinar dan dirham tak kira dari siapa pengeluarnya asalkan ianya Emas, perak yang tulen kerana itulah nilai intrinsik yang perlu dihormati, yang dicipta oleh Maha Pencipta untuk kegunaan makhluknya. Emas dan perak, menjadi penyelamat kewangan anda.
InsyaAllah.

Sumber = http://www.aura-emas.com/default.aspx

No comments:

Post a Comment

Ruang Pengiklanan