TEKNIK FOREX TERULUNG

PELABURAN DAN PENYIMPANAN EMAS FIZIKAL

APABILA BERBICARA TENTANG EMAS, RAMAI YANG MASIH BERALASAN YANG EMAS HARI  INI SANGAT MAHAL DAN MENANTI MASA DAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBELI DAN MELABUR EMAS. HAKIKATNYA HARGA EMAS MEMANG SENTIASA MAHAL DAN AKAN TERUS MAHAL DARI MASA KE SEMASA.
HARGA EMAS YANG DINIAGAKAN DIPASARAN DUNIA MENUNJUKKAN PENINGKATAN HARGA ANTARA 20% - 30% SETIAP TAHUN SEMENJAK 5 TAHUN LEPAS (LIHAT CARTA). DENGAN BERALASAN YANG HARGA EMAS MAHAL, SEBENARYA TAK MEMBANTU SESIAPA PUN UNTUK MEMULAKAN LANGKAH AWAL PELABURAN DAN PENYIMPANAN EMAS FIZIKAL.

 Carta harga emas 5 tahun 


*Harga dari tahun 1883-1994, World Gold Council. Data di ambil daripada Timothy Green’s Historical Gold Price Table, Harga London sudah ditukar kepada U.S. Dollars.
**Harga dari tahun 1995-2008, Kitco.com, berasaskan London PM fix.

UNTUK ITU SEBAGAI LANGKAH PERMULAAN, BAGI INDIVIDU YANG INGIN MEMULAKAN PELABURAN ATAU MENYIMPAN EMAS FIZIKAL INI, ADA LAH DISARANKAN UNTUK MEMBELI EMAS-EMAS FIZIKAL SEPERTI DINAR ATAU PUN JONGKONG EMAS SECARA SEDIKIT-SEDIKIT TERLEBIH DAHULU. MUNGKIN DENGAN MEMBELI 1 DINAR SEBAGAI PERMULAAN DAN DISIMPAN UNTUK TEMPOH SEKURANG-KURANGNYA 1 TAHUN DAN LIHAT SENDIRI PERUBAHAN NILAI DINAR TERSEBUT SEPANJANG TEMPOH 1 TAHUN ITU.
BAGI YANG MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN YANG BESAR, BOLEHLAH  MEMBELI EMAS FIZIKAL INI MENGIKUT SEBANYAK MANA SUMBER KEWANGAN YANG INGIN DILABURKAN. TAPI JANGAN HABISKAN SUMBER KEWANGAN TUNAK ANDA. SIMPANLAH SIKIT UNTUK KECEMASAN. CADANGAN SAYA, UNTUK PELABURAN EMAS ADALAH DISARANKAN EMAS BERBENTUK JONGKONG ATAUPUN SYILING EMAS SEBAGAI INSTRUMEN PELABURAN KERANA NILAINYA YANG LEBIH BAIK DAN JENIS EMAS 24K. MANAKALA DINAR PULA ADALAH LEBIH BAIK DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN HADIAH (HADIAHKAN ANAK KECIL ANDA YANG BARU LAHIR DENGAN 1 DINAR), SEBAGAI MAHAR PERKAHWINAN, PEMBAYARAN ZAKAT DAN BOLEH JUGA UNTUK KEGIATAN JUAL BELI (UMPAMA BARTER TRADE -  SEBAB DINAR BUKAN MATAWANG RASMI). PUN BEGITU TAK SALAH UNTUK MENGGUNAKAN DINAR SEBAGAI INSTRUMEN PELABURAN. TERPULANG KEPADA INDIVIDU ITU SENDIRI. TEPUK DADA TANYA IMAN.
BILA DAH MEMILIKI EMAS FIZIKAL INI, BOLEH LAH DISIMPAN DAN LIHAT SENDIRI KENAIKAN NILAI EMAS ANDA DALAM TEMPOH SETAHUN. ATAU PUN ANDA BOLEH AR RAHNU KAN EMAS TERSEBUT JIKA ANDA PERLUKAN TUNAI UNTUK TUJUAN TERTENTU. TAPI JANGAN LUPA UNTUK TEBUS EMAS ANDA SEMULA BILA SUDAH SAMPAI TEMPOH UNTUK TEBUS KEMBALI. BAGI SAYA, EMAS YANG YANG SAYA MILIKI SAYA ANGGAP SEPERTI KAD DEBIT. APABILA SAYA PERLUKAN TUNAI, SAYA AKAN AR RAHNUKAN EMAS TERSEBUT MENGIKUT KEPERLUAN TERSEBUT. DAN SAYA AKAN PASTIKAN YANG EMAS TERSEBUT AKAN SAYA TEBUS KEMBALI BILA CUKUP WAKTUNYA. MEMILIKI EMAS TAK SAMA DENGAN MEMILIKI WANG KERTAS. SIFAT WANG KERTAS YANG SUSUT NILAI TAK DAPAT MELINDUNGI HARTA KEKAYAAN. TAPI DENGAN MEMILIKI EMAS, IA ADALAH PELINDUNG NILAI DAN KALIS INFLASI YANG SANGAT BAIK.
JADI SARANAN SAYA KEPADA YANG BELUM MEMILIKI EMAS ATAU DINAR, SEKARANG ADALAH WAKTU TERBAIK MEMILIKI EMAS KERANA IA ADALAH KOMODITI YANG SANGAT BERHARGA DAN BERNILAI. SIMPAN EMAS MULAI SEKARANG DAN ANDA TIDAK AKAN RUGI..INSYAALAHHHH…



1 comment:

  1. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +918256953815
    ushaservicesonline@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    ushaservicesonline@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete

Ruang Pengiklanan