PUN BEGITU, IA SEPATUTNYA TIDAK MENGHALANG UMAT ISLAM KHUSUSNYA DIMALAYSIA UNTUK MEMULAKAN LANGKAH AWAL BAGI MENCAPAI HASRAT MURNI INI. SEBAGAI PERMULAAN, UMAT ISLAM BOLEH BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI SATU BENTUK SIMPANAN HARTA, DIGUNAKAN SEBAGAI MAS KAHWIN, MEMBAYAR ZAKAT ATAU PUN DIJADIKAN HARTA CAGARAN DI PUSAT GADAIAN ISLAM AR RAHNU.
BAGI TUJUAN PELABURAN PULA, BOLEH LAH UMAT ISLAM MEMILIH JONGKONG - JONGKONG EMAS ATAU PUN SYILING-SYILING EMAS SEPERTI KELUARAN AMYIQ GOLD, DGE, PUBLIC GOLD DAN YANG LAIN-LAIN YANG KINI DIPASARKAN DENGAN MELUAS DI MALAYSIA.
DINAR DAN DIRHAM ADALAH INSTRUMEN PENYIMPAN NILAI YANG TERBAIK DAN MATAWANG YANG KALIS INFLASI YANG BOLEH MELINDUNGI KEJATUHAN NILAI MATA WANG YANG MENDADAK AKIBAT SERANGAN PENYANGAK-PENYANGAK MATAWANG MAHUPUN AKIBAT PEPERANGAN. ABU BAKAR IBN ABI MARYAM MEMBERITAHU BELIAU PERNAH MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD " AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA,MAKA SIMPANLAN DINAR DAN DIRHAM." (MUSNAD IMAM AHMAD BIN HANBAL).
MENURUT YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM), DATUK SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIER, DIDALAM UCAPTAMA PENERANGAN MINI SIRI DINAR EMAS DI KUALA LUMPUR BARU-BARU INI BELIAU MEMBERITAHU YANG URUSAN DINAR ADALAH URUSAN AGAMA DAN KEDAULATAN DAULAH ISLAMIYAH. PENGGUNAANYA MELAMBANGKAN KEPATUHAN KEPADA PERINTAH ALLAH SWT.OLEH ITU, KEBANGKITAN MUAMALAH INI AMAT MUSTAHAK DALAM MEMBENTUK UMMAH YANG BERSATU DAN DISEGANI.
DINAR DAN DIRHAM ATAU EMAS DAN PERAK ADALAH MATAWANG DAN KOMODITI YANG SANGAT STABIL NILAINYA DIDUNIA. IA TERBUKTI BERKESAN MELINDUNGI HARTA DARI HAKISAN INFLASI. SEMAKIN JATUH NILAI MATA WANG KERTAS (WANG FIAT) SEMAKIN MELONJAKLAH NILAI DINAR(EMAS) DAN DIRHAM(PERAK).
UNTUK ITU, PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM INI BOLEH DIPELBAGAIKAN TUJUANNYA SEPERTI DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH ATAU SEDEKAH. BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK PEMBAYARAN ZAKAT TERUTAMANYA ZAKAT HARTA. DIHARAP PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI BOLEH MERANGKA MEKANISME TERTENTU AGAR PEMBAYARAN ZAKAT MENGGUNAKAN DINAR DAN DIRHAM DAPAT DILAKSANAKAN.PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM DALAM URUSAN ZAKAT BERMAKNA KEKAYAAN UMAT ISLAM SENTIASA BERADA DIDALAM KALANGAN UMAT ISLAM KERANA EMAS DAN PERAK INI AKAN SENTIASA BERKITAR DIANTARA UMAT ISLAM. DINAR DAN DIRHAM JUGA SANGAT SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI MAHAR KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN DARI PENGANTIN LELAKI. INI MENGEMBALIKAN SUNNAH RASULULLAH DAN SEMEMANGNYA SANGAT DITUNTUT OLEH ISLAM. MALAHAN BOLEH JUGA DINAR DAN DIRHAM INI DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PERANTARAAN JUAL BELI SESUAI DENGAN PERANANNYA YANG PERNAH DIJALANKAN DULU SEBELUM KEDATANGAN MATAWANG KERTAS
OLEH ITU MARILAH KITA UMAT ISLAM BERSAMA-SAMA BERILTIZAM UNTUK MEMBUKA JALAN KEPADA SATU SISTEM KEWANGAN YANG LEBIH ADIL DAN SAKSAMA SESUAI DENGAN MUAMALAT YANG DIANJURKAN ISLAM. INSYAALAH...
RUJUKAN :
JAMUDIN IDRIS (2011). PERJANJIAN ANTARABANGSA PENGHALANG PENGGUNAAN DINAR, MILENIA MUSLIM (FEBRUARI 2011) ;
KHALID NORSHAH (2011). WANG KERTAS WANG PAKSAAN, MILENIA MUSLIM (FEBRUARI 2011);
MUHAMAD NIZAM SHAIDON, SHEIKH SHAHRUDDIN SHEIKH SALIM (2011). BERSEDIAKAN DINAR MENGAMBIL TEMPAT WANG KERTAS?, MILENIA MUSLIM (FEBRUARI 2011)
No comments:
Post a Comment