Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..berjaya juga saya buat blog ni. Tujuan saya menulis dalam blog ni adalah disebabkan keterujaan saya tentang pelaburan emas. Sebenarnya pengetahuan tentang emas ni dalam diri saya masih amat baru lagi. Saya diperkenalkan dengan pelaburan emas fizikal ni oleh sahabat saya iaitu Encik Azrar Azmi yang juga telah pun menjadi dealer PUBLIC GOLD. Tahniah bro..
Walaubagaimanapun saya pula memilih untuk menjadikan produk AMSYIQ GOLD ENTERPRISE (AGE) sebagai medium untuk saya berjinak-jinak dalam pelaburan emas fizikal ni. AGE diterajui oleh Hjh Khainarida dan Panel Syaraknya pula adalah Ustaz Othman Hamzah (Imam Masjid Negeri Shah Alam). Motto AGE ialah AGE MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH
Baru-baru ni saya berkesempatan untuk membeli 2 Dinar dari AGE yang dikenali dengan nama Dinar Darul Ehsan. Alhamdulillah, ini saya anggap sebagai langkah pertama saya dalam pelaburan emas fizikal ni. Sebelum ni pun saya sudah melabur emas dalam GSPA Maybank. Tapi tak nampak emasnya. Hanya dalam bentuk nilai je. Tak feel langsung. Hehehehe..So sekarang ni memang bercita cita nak jadi dealer AGE dan seterusnya memulakan perniagaan emas ni..Mudah2an tercapai lah cita2 tu..Aminnnn
oklah..nanti saya update lagi...nak g cari artikel2 tentang emas untuk tambah ilmu dan nanti bleh lah dikongsi apa yang patot...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment