Akaun ini
sesungguhnya boleh berfungsi sebagai simpanan untuk masa hadapan atau juga
pelaburan di waktu memerlukan. Ia amat baik khususnya bagi mereka yang ingin
menjauhkan diri dari masalah turun naik nilai matawang kertas. Namun begitu,
perlu difahami, harga dan nilai emas juga boleh turun naik, cuma ia tidaklah
sebegitu bermasalah seperti matawang kertas.
Kalau sebelum ini,
mereka yang mengambil berat akan hukum Shariah, berada di dalam dilemma kerana
hanya mempunyai pilihan akaun emas yang di punyai oleh Public Bank dan Maybank,
yang mana kedua-duanya di bawah pengurusan konvensional tanpa kelulusan
mana-mana majlis Shariah. Selain dari kedua-dua itu, hampir semua akaun dan pelaburan
emas yang lain hanya dilaksanakan oleh syarikat persendirian yang sebahagiannya
tidak dapat dipastikan tahap keselamatan dan kesahihan syarikat terbabit.
Saya telah menulis
berkenaan akaun emas Public Bank & Maybank di sini
.
Namun
kali ini, saya kira, perbankan Islam di Malaysia melalui Kuwait Finance House
telah dengan jayanya mengubat kekosongan tersebut. Melalui akaun terbabit,
pelanggan boleh membeli emas fizikal, dan boleh menyimpan atau terus mengambil
sendiri fizikal emas.
GAMBAR
: Emas yang digunakan oleh KFH untuk akaun ini
|
Perlu diingat, segala
pertimbangan dan kira-kira untung rugi perlulah dikaji dan diambil kira sebelum
membuka akaun ini. Tulisan saya hanyalah mencadangkan akaun apabila DI LIHAT
DARI SUDUT HUKUM SHARIAH sahaja dan bukan dari sudut kebolehuntungan dan
pertimbangan kira-kira kewangan, kerana di Malaysia, sebarang nasihat dalam hal
kebolehuntungan produk kewangan dan sepertinya memerlukan individu terbabit
mempunyai lesen khas perunding kewangan.
No
|
Item
|
Maybank
|
Public Bank
|
KFHMB
|
1
|
Concept
|
Conventional
|
Conventional
|
Ba'i As-Sarf &
Qardh
|
2
|
Initial purchase
|
5 gms
|
20 gms
|
10 gms
|
3
|
Min. balance
|
1 gm
|
2 gms
|
2 gms
|
4
|
Physical gold withdrawal
|
10,20 and 50gms
|
NA
|
1,5,10 and 50gms
|
5
|
Documents
|
Passbook
|
Passbook
|
Statement
|
6
|
Fees & Charges
|
Conversion charge on
physical gold withdrawal
|
Annual fee RM10 - year
end bal. below 10gms
|
NA
|
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
No comments:
Post a Comment